02 February 2012

020: Tukar Jenis Vitamin

bismillah...


semalamkan aku nak cerita pasal "tukar vitamin" kan.


tahun ini umur dah 30. jadi mahu mengambil keputusan untuk tukar jenis vitamin yang baru. selama ni aku hanya beli dari farmasi sahaja dan juga ambil supply dari mak. kat dapur mak tu, bersusun segala supplements. berderet-deret. dapur rumah aku tak sebegitu, cuma yang mesti ada ialah multivitamin dan vitamin C.


google sahaja. keyword: vitamin


supplements adalah benda yang kita ambil untuk kesihatan dalam jangkamasa yang panjang. kita tak boleh expect, badan kita yang sudah 25 tahun kita curah dengan macam-macam bahan pengawet yang ada dalam makanan dan juga segala makanan yang tak berapa nak berzat dan expect bila kita makan supplement SEMINGGU badan kita akan terus jadi sihat.


apa yang aku tahu, penerimaan tubuh badan kita terhadap sesuatu supplement adalah berdasarkan apa yang kita makan selama ini dan bagaimana cara hidup kita. kalau yang memang jaga elok badan, bila kita ambil supplement, cepatlah nampak kesan. mana yang tak berapa jaga tu, ambil masa juga untuk berkesan. seolah-olah supplements tu repair dulu apa yang dalam badan tu.


so, the key untuk nampak kesan dalam supplements cuma satu. KONSISTEN.


bila kita deal dengan bahan-bahan yang kita consume untuk jangka panjang ni, aku prefer untuk sesuatu yang selamat dan natural. aku tak kata semua jenis supplements yang ada di drugstore (farmasi etc etc) itu tak selamat dan merbahaya. cuma, lebih baik aku tukar kepada jenis yang sudah tentu-tentu selamat dan elok untuk jangka panjang.


sebab apa? sebabnya, supplements juga boleh terdiri dari bahan-bahan sintetik. bahan sintetik ni adalah bahan yang dibuat untuk ganti yang original dan ia adalah "human made". certain bahan sintetik yang diletak dalam supplements akan beri kesan pada si pemakan untuk jangka panjang. jangka pendek toksah risau. :p


sapa-sapa boleh betulkan fakta aku ya. silakan.


jadi, i just want to change my supplements to something more natural. yang selama ni dok pakai memang ok. tapi kalau ada yang lebih ok, yang dapat bantu kita dengan kehidupan harian atas muka bumi ni, kalau dapat buat kita lebih sihat, lebih rajin kerja, lebih khusyuk ibadat, why not?


i will say WHY NOT?


pada aku, duit boleh dicari. kesihatan tu tak boleh dijual beli. kita sendiri punya usaha. tubuh badan kita ni amanah untuk kita jaga baik-baik. lebih-lebih lagi kita ada tanggungjawab masing-masing. orang zaman dulu lebih sihat dari kita sebab tak terdedah dengan environment seperti sekarang ni. makan semua yang segar dan raw kebanyakannya.


kita? kedai makan pun dah melambak. makanan dalam tin ke dalam peket ke sebut sahaja. semua ada. semua tu ada bahan pengawet. right, umur kita muda memang kita tak rasa apa. sebab tengah sihat. tengah bertenaga. cuba bila dah masuk 40an. 50an. orang lain enjoy life dengan family, kita dah macam-macam dapat.


sakit apa ke, dapat jangkitan apa ke pada masa hadapan itu kita tak tahu. bukan urusan kita. kalau nak jadi, semua itu qada dan qadar Allah. tapi as a MUSLIM yang aku tahu, menjaga tubuh badan kita sendiri dengan baik adalah suatu amanah dari Allah. soalan itu Allah akan tanya di akhirat kelak. "apa kamu buat dengan tubuh badan yang sihat yang Aku berikan?" masa tu menjawablah kamu.


kan ada empat soalan yang akan ditanyakan kepada kita kan? apa kita buat dengan rezeki yang Allah beri, apa kita buat dengan tubuh badan yang sihat yang Allah beri, apa kita buat dengan seluruh masa kita atas muka bumi, dan apa ya lagi satu? siapa ingat? aku ingat-ingat lupa sudah. tapi tak salah aku memang ada empat.


okaylah. sampai sini saja...


Assalamualaikum.


This is LeeN, signing off.



"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Imam Hasan al-Basri"