01 February 2012

019: Pengalaman in Dealing with Resdung Menggunakan Supplements

bismillah


dari kecik aku kenal vitamin. sebabnya mak aku seorang pengambil supplement yang tegar. tapi vitamin masa zaman sekolah takdelah aku ambil religiously. kadang-kadang teringat atau time mak aku sua ke mulut je. kita budak-budak memang tak ambil pusing sangat pun pasal vitamin. normally budak-budak makan vitamin C je.


masuk sahaja universiti, aku mula serius dengan supplement. sebut vitamin karang orang hanya ingat multivitamin atau vitamin C je karang. maksud aku luas. supplement ni dia supply macam-macam mineral. ada macam-macam jenis.


zaman uni, aku cuba cure resdung aku sendirian. tanpa konsultansi emak atau kawan-kawan. aku ambil satu booklet lengkap untuk satu jenis supplement yang biasa dijual di farmasi. aku belek sorang-sorang lalu aku catit mana yang berkenaan. aku ingat lagi pergi sesi soal-jawab dengan ahli farmasi perempuan cina tu.


actually, aku bukan taksub pada sesuatu brand supplement pun. soalnya, tak semua range produk supplement menyediakan info lengkap. ini untuk apa. itu untuk apa. kan. zaman tu pulak, internet bukan macam sekarang. orang belum guna istilah GIY ni... (google-it-yourself)


jadi, ceritanya... masa belajar, budget sungguh ketat. jadi berdasarkan apa yang aku baca dan bertanya pada ahli farmasi, aku mula ambil zink dan vitamin C. untuk mengurangkan kesan resdung. ternyata, selepas beberapa bulan memang nampak hasil. zink itu untuk buat luka di muka aku akibat jerawat itu jadi segera sembuh dari dalam. vitamin C sebagai guard supaya aku tak senang dihinggapi jerawat. cerita pasal vitamin C, aku tak main vitamin C yang 100mg tu. satu hari 500mg aku ambil.


masalah aku dengan resdung ni, apa sahaja yang aku makan itu adalah sumber dari laut iaitu seafood macam sotong, udang, dan sebagainya (tetapi ikan boleh. takde efek) juga ayam akan buat muka aku dapat breakouts. breakouts yang meriah tau. haa. jadi for several years (seingat aku, hingga aku kahwin usia 25) aku memang tak makan langsung seafood dan ayam. cakaplah ape pun kat telinga aku. tak mendatangkan apa-apa kesan pun.


google sahaja. keyword "telur mata kerbau"

even telur ayam pun aku skip. boleh bayangkan?


for the results, Alhamdulillah. kalau orang kata pada aku "kesiannya hidup, kena pantang makan segala sebab nak kulit lawa" itu sungguh tak ada kesan dalam jiwa aku. sebabnya, selepas je aku kahwin, dah tak ada pantang dah. seafood ke ayam ke aku belasah. magically, tak ada lagi yang naik jerawat "macam dulu" bila sentuh seafood dan ayam. ya, aku dah tak ada pantang lagi. sekarang ini cuma "pantang nampak"


jadi, benarlah telahan aku. once aku biarkan kulit aku dalaman sembuh sepenuhnya dahulu, bila aku kembali makan nanti dah tak ada breakouts lagi. bayangkan kulit yang cedera teruk, kita ambil supplement tapi kita tetap masukkan dalam badan kita benda yang memang kita tahu akan mencederakan lagi kulit kita. macam manalah nak baik?


setakat mild breakouts itu memang ada. tapi itu tidak mendatangkan masalah pun. aku bukan cari makan atau model berbayar berdasarkan muka :p thehehe.


jadi, sekarang aku masih pengambil supplement yang tegar seperti dahulu. orang tak akan jumpa ubat selsema or batuk yang aku simpan dalam rumah melainkan tiba-tiba doktor klinik bagi. aku cukup tak percaya dengan ubat selsema dan ubat batuk.


what i will do is, bila kita dah nampak tanda-tanda nak selsema, aku akan naikkan dos vitamin C up until 1000mg pada hari pertama. hari kedua kalau masih teruk aku bagi lagi 1000mg. esoknya kalau mula surut, aku kurangkan pada 750mg. bila dah baik aku ambil vitamin C macam biasa. 250mg. atau kadang-kadang 500mg. sejak dah kahwin, tak adalah nak kata tiap-tiap hari aku wajib ambl vitamin C. banyak culas. tapi vitamin C memang ubat kepada selsema dan batuk.


pada anak-anak pun aku buat macam tu. tapi tak adalah aku bagi sampai 1000mg. itu dos orang tua. kalau diorang aku ikutlah tahap teruk batuk-selsema tu. berpada-pada. it always works dengan izin Allah.


aku bukan kata ubat selsema dan batuk itu tak bagus. aku just prefer dealing dengan tubuh badan kita naturally. jauh dari ubat yang mengantuk dan lain-lain itu. kalau selsema, tak perlu ubat suruh kita tidur dengan buat kita mengantuk, cukup dengan kita sendiri banyak rehatkan badan kita. tak payah sugun-sugun sangat buat kerja sementara belum baik. dan sebagainya.


OK. sebenarnya aku hari ini nak cerita yang aku nak tukar jenis vitamin yang aku guna. tapi aku dah cerita pengalaman dulu. oklah tu. cerita pengalaman dulu. baru boleh cerita kenapa aku tukar jenis vitamin. which is, esok sahaja...


This is LeeN, signing off.

salam..



"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Imam Hasan al-Basri"