10 January 2012

002: Air Bukit

Bismillah


OK. Mari jangan berhenti update. Jangan turunkan momentum.

Ini entry terperam. Ditaip di kedai mek sewaktu menunggu OP dan mek serta kids balik dari kedai. Ini entry mungkin bertarikh 1 januari asalnya. Apapun,  dapat setengah jam bersendirian memang berharga weh...


******

Ever since kahwin, air di kampung kelantanlah jadi yang paling sejuk. Sebelum ni air kolah kampung bahau tapi sejak bilik air di bahau dah macam stail asrama (4 bilik air sederet) pakai shower, kolah bilik air dalam rumah pun dah bocor, dah tak merasa air kolah sejuk tu. Melainkan kalau mandi kolah bilik air luar yang "see-through" tu. Ha. Itu memanglah sejuk. Tapi bilik air lama di luar itu pun dah jarang guna melainkan untuk basuh itu ini sahaja.


Lagipun, air di bahau air yang datang dari paip. Ada bil air. Totally berbeza dengan air di kampung nibung kelantan ni. Airnya I tell you. Dari bukit. Takde bil air ni. Ikut sungai dari bukit tulah.
Yang mana, kalau airnya sedang jernih, air dalam kolah juga jernih. Awas kalau musim hujan dan air sungai keruh. Warna itu jugalah yang menjadi warna air kolah.


Ada masa keruh sekadar keruh sahaja. Masih hijau macam air sungai biasa cuma tak jernih. Ada masa memang keruh betul! Warna macam teh ais cair. Masa tu ada juga aku berfikir macam manalah aku nak gosok gigi dan basuk muka ni mengenangkan aku cukup sensitif dengan air yang aku guna untuk basuh muka aku yang sensitif ni.


Tapi lama-lama, selalu fikir juga. Alah. Kalau duduk tepi sungai tu, apa pun warna airnya tetap rasa air tu bersih. Cuma beza warna sahaja. Sama jugalah dengan air dalam kolah yang datang dari sungai ni. Reluctant pun hanya sebab air tu duduk dalam kolah.


Anjakan paradigma dan masalah pun selesai.


Sejak itu juga tak pernah ada masalah untuk guna air kolah di kampung nibung walau apa pun warnanya. Maklumlah. Orang bandor macam aku ni bukan biasa dengan air paip warna coklat. Sebab kampung bahau pun air kolah tak pernah sekali keruh! Tapi sumber air rumah OP ni memang cukup istimewa sebab datang dari bukit yang berhampiran.


Yang jadi haru, kalau balik kampung time hujan. Alamatnya jangan sesekalilah basuh baju. Air mesen basuh tu adalah dari sumber yang sama jugek. Sekelip mata baju tu boleh bertukar kepada kehampaan kamu. Hahaha! Oleh itu, semua baju sila basuh di kedai Mek Som ya... Hahaha.


Buat orang bahau, ya. Nanti warna tshirt putih kita akan jadi sama macam baju yang kita pakai untuk terjun dalam kolam ikan atuk yang belakang sekali tu. Yang tepi sawah tu. Ha. Camtu la.


Rumah di kampung nibung masih tak pakai meter sebab mek dan ayah cuma tidur di kedai. Sesekali bila ada sesiapa yang pulang, baru ramai-ramai tidur di nibung. Mungkin bila mek dah berhenti berniaga, rumah tu baru berbaloi pakai air bermeter. Oh. Tapi pasti hilang excited aku untuk mandi nanti...


Lebih-lebih lagi kalau musim summer di bukit bunga. Huhu. Tangisan dalam bulan madu tu.


Rumah kampung nibung tak macam rumah kampung pun. Berdinding batu. Bukan berdinding kayu macam rumah kampung biasa. Bilik air pun warna pink lagi. Tapi mujur... Air di rumah kampung itu masih lagi boleh buat aku rindu nak berendam lama di bilik air sungguhpun waktu pagi selalu bertolak-tolak dengan OP siapa yang nak mandi dulu...


Hihi.
:p