31 January 2012

018: Terkedu.

bismillah


semalam, semasa aku dan kids keluar rumah untuk sidai baju, while kids bermain, aku terkedu.


ceritanya macam ni. beberapa minit pagi semalam aku mengutip sampah depan rumah. kutip sampah masuk plastik. sambil itu terdengar suara baby menangis. baby yang menangis ala-ala newborn ni memang kita boleh tahu itu tentu bayinya masih kecil. kecil yang amat. belum tahap enam bulan. tapi tangisannya keras juga. seakan tak mahu berhenti. pelik.


masuk dari kutip sampah, beberapa minit kemudian aku keluar semula untuk menyidai baju. kali ini kids ikut keluar sekali untuk bermain-main seketika. waktu itu aku terkedu. rupanya jiran sebelah aku ini turut keluar mahu menyidai baju. yang buat aku terkedu, yang menyidai itu suaminya. itu tak terkedu sangat. yang buat aku lebih terkedu sebenarnya, suami jiran aku pakai baby carrier dan ada baby duduk di dalamnya.


bayangkan, seorang suami yang menyidai baju sambil membawa anak di dalam carrier sekali. sungguh suatu permandangan yang amat jarang dapat dilihat. melihatnya, aku jadi teringat kes aku dulu semasa fateh masih terlalu kecik. mengalami keadaan yang sama. menyidai baju sambil mendukung anak itu adalah perkara biasa tapi aku tak pakai carrier. aku cuma pakai sling sahaja.


dalam rumah jiran aku, kedengaran suara anak-anaknya yang lain sedang bermain. pun suara budak kecik. sekitar bawah empat tahun pastinya. jadi, patutlah si ayahnya menggendong anak keciknya sambil sidai baju. adik beradik yang lain masih belum mencapai tahap umur boleh diharap.


kes aku dulu samalah macam tu. kakak masih terlalu kecik bila fateh lahir. bila aku mula take over menyidai baju, kakak baru je masuk dua tahun. apalah yang dia tahu. si fateh pula kadangkala ada harinya tak boleh nak dibiarkan main bersendirian. merengek. menangis. kalau kena hari macam tu, memang sidai baju sambil dukung anaklah kitew.


hewhewhew.


baru sekarang je heaven bila keluar rumah nak sidai kain, dua-dua lepas main. main bolalah. main bubbles lah. kalau tak tu, setiap kali aku nak sidai baju, aku akan kunci seorang luar rumah dengan aku seorang dalam rumah. selalunya yang dikunci di dalam adalah fateh sebab masa tu fateh belum tegap berjalan lagi. lagipun sedang pakai walker. biar sahaja dia melekat di pintu memerhatikan aku menyidai baju. tak menangis. kakak pula memang perlu diasingkan sebentar tatkala aku nak sidai baju. kalau tak? tak boleh nak senang hati waktu sidai baju. adeeee je.


aku bosan juga kalau sambil sidai baju sambil mengawal apa yang fateh buat. kan toddler macam-macam planning. kita pakaikan dia selipar, nak suruh main luar, sudahnya duduk entah mana-mana kutip itu ini. masuk mulutlah. pegang itu inilah. wahh... sambil sidai baju nak berkejar tahan dia buat itu ini? memang mengundang tensi.


buat pengetahuan semua, suami jiran sebelah bukannya tak bekerja, tapi kerja shift. dan wife pun bekerja. i guess masa husband dia off, husband jaga anak rasanya. apa-apapun syabas lah orang sebelah sebab mampu bersabar melaksanakan rutin surirumah (aku tengok dia sidai baju, buang sampah, dengar dia masak, marah-marah anak) dengan jayanya. bukan semua lelaki boleh buat wooo... anak dua tiga kecik-kecik ni memang mengundang kesabaran je....


aku pun bukan seorang insan yang sabar T_____________T


this is Leen, signing off. salam.



"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Imam Hasan al-Basri"