20 January 2012

012: Malawi Connects People

Bismillah

Malam tadi sedang aku menaip entry untuk hari ini yang berkisar tentang self-improvement untuk diri sendiri, ada notification timbul di hujung screen. Ada email masuk. Tertanya-tanya juga email apa yang masuk malam-malam ni. Berhenti menaip. Mahu buka email.

Mata seperti tak percaya bila nampak nama yang tertera. Ya Allah. Nama blogger famous! Terus teruja baca dan bait demi bait dibaca, terasa bagai tak percaya email itu memang untuk aku. Maklum sahaja, nowadays ramai orang suka-suka email orang lain untuk jual barang. Tapi its not. Its an email that really addressed for me dari someone yang selalu aku skodeng dari jauh sahaja...

Mamafami. Itulah nama mayanya. Seangkatan lah kalau kita suka masuk blog Mat Gebu dan lain-lain. Tiba-tiba terasa kecil.

Rupanya, sis mamafami menjumpai blog aku dan OP setelah meng-google tentang kedai yang famous di blantyre tu. Semua ini berlaku atas aturan Allah semata-mata. Siapa pula nak sangka aku bakal dihubungi dengan seseorang yang pernah bermukim di malawi dalam suatu tempoh yang cukup lama. 7 tahun!

Kata OP pula, fotopages mamafami juga telah lama diketahui iaitu sebelum berangkat ke malawi tahun 2009 dahulu. Masa OP buat sedikit research sebelum pergi. Sungguh kebetulan.

Kami berbalas-balas email sebelum tidur. Rasa sungguh seronok dapat bertukar-tukar cerita dengan seseorang yang lebih arif tentang malawi. Sudah pernah aku katakan dulu, memang tak ada melayu di malawi. Aku berani jamin itu. Telahan aku benar belaka.

Email-email kiriman mamafami buat aku teringat-ingat tentang malawi. Banyak benda walau aku pergi sana tak lama pun. Apa lagi mamafami. Beraya di sana selama berada di sana tanpa keluarga melayu lain. Sungguh sesuatu yang tidak dapat aku bayangkan.

Sesungguhnya kami adalah hamba Allah yang dipilih untuk menjejakkan kaki ke bumi malawi. Masa yang berlainan, tempat yang sama. Malawi tak terkenal. Tidak membangun seperti di malaysia. Namun, apa yang kami jumpa di sana terlalu berharga.

Malawi ni kira macam remote area untuk kita. Tak ada shopping complex yang gah macam di paris, tak bersepah dengan fancy restaurant lima bintang, apatah lagi kalau cari clothing line mahal-mahal. Yang ada cuma alam semulajadi dan manusia. Yang kebanyakannya seperti belum tersentuh.

Kalau OP tidak dijemput ke sana atas urusan kerja, aku sendiri tak terasa nak pergi malawi. Apalah yang ada di sana kan? Tapi tak seperti kebanyakan orang kulit putih mentality orang kita ni. Ramai je orang luar di sana cuma kulit mereka putih la. Tak macam kita. Orang putih memang suka pergi tempat remote area macam tu. Mereka lebih sukakan adventure barangkali. Suka melihat alam.

Ini pendapat peribadilah.

Cukuplah sampai sini. Terkenang masa duduk sana aku dan OP was too young and naive. Dah la bawa baby seorang. Tanpa mana-mana melayu lain. Terasa terlalu takut kalaulah apa-apa jadi siapalah nak tolong. Tak berani nak sakit even selsema sekalipun. Bukan tak ada hospital, we even lived in the blantyre itself tapi we only have each other dan anak yang perlukan kami. Dan bukan tak ada kawan langsung, cuma its a different feeling. 

Diberi peluang merasa betapa bersendiriannya kami di perantauan itu adalah sesuatu yang rare and precious. Terima kasih Allah atas peluang itu. Pastinya Allah mahu aku kutip sesuatu di sana dan sebarkan sesuatu tentangnya. Terima kasih beri peluang aku mengembara bersama suami dan anak tersayang.

But serious. Malawi is a great place to know your creator, Allah SWT. Subhanallah.

Salam jumaat.