Bismillah
Umumnya, ramai yang ingat kalau seorang surirumah itu punya banyak kesempatan untuk mengikuti mana-mana siri drama di televisyen. Umumnya, ya. Lebih-lebih lagi jika seorang surirumah yang tidak punya banyak aktiviti sampingan atau anak masih kecil. Kalau kerja pejabat 9-5 itu memang siang tak ada pilihan.
Aktiviti sampingan tu contohnya ada perniagaan sendiri ke jaga anak orang ke buat kuih ke. Kalau ada aktiviti sampingan pun sebenarnya masih boleh nak ikut mana-mana siri tv. Kalau tak, takdelah keluar pepatah "hendak seribu daya" kan.
Tapi untuk diri aku sendiri, walaupun goyang kaki di rumah, tetap rasa tak sesuai untuk ikut mana-mana drama. Entry ini kesinambungan dari perbualan petang hari dengan my dear friend semalam. Tengah tengok drama katanya. More like catch ups sebab tengok di web.
Bukan aku tak minat tengok drama or apa-apa yang bersiri. Die-hard fan ni. Lagi-lagi kalau kena dengan pelakonnya. Cuma banyak benda yang tak best bila ikut sesuatu cerita tu. Aku cerita secara umum sahajalah ya.
Yang tak bestnya bila,
1. Waktu siaran tak sesuai
Time kol 6pm, elok bawa anak jalan atau main luar rumah, kita tak rela sebab ada cerita best. Kol 7pm waktu anak-anak perlu settle down rehat dan makan sementara tunggu magrib, kita nervous sebab nak tahu sambungan cerita tu apa. Kol 10pm, waktu tidurkan anak atau monitor kerja sekolah tapi kita tersentil depan tv nak tunggu apa ending dia. Basically, kalau pukul 3pm tu boleh la nak kata sesuai sebab time tu mostly kids tengah rehat. Kita pun boleh la nak lipat kain ke sambil tengok tv.
Takkan pula aku nak cerita setiap jam apa masalahnya kan. Ikut kesesuaian masing-masing.
2. Ada benda lain yang kita runsingkan
Zaman sekarang tak macam dulu. Dengan twitter, fb, books, devices, papers, applications you name it. Cukup untuk memenuhkan masa orang termasuk yang cuma goyang kaki. Melayan benda itu semua, sedar atau tidak mengambil masa kita sini sikit situ sikit. Macam yang aku tengah buat ni. Blogging. Sometimes i hope i am just a human with no will. Any will. Tahu celik mata buat semua kerja sahaja but thats impossible. Tak menggunakan teknologi menjadikan anda tak catch up dengan banyak benda. Especially bila anak dah besar esok. So much untuk tengok dan tahu.
Nak tambah lagi dengan siri tv? For me, i surrender. Hanya merlin buat masa sekarang T____T itu pun sebab malam dan ada ulangan. Di internet pun boleh tengok.
3. kurang kosentrasi dalam melayan keluarga
Siapa boleh deny. Kan. Nanti keluar dialong "kejap kejap mak nak tengok ni ha" atau "nantilah... nanti mak buat" dan lain-lain. Tak bermakna kita harus korbankan semua benda yang kita suka sebab suami kita pun time tengok bola satu apa pun dia tak kisah, kan. Bontot melekat. Cuma bila ada yang lebih penting, dahulukanlah. Kalau nak cakap pasal kurang kosentrasi, tak semestinya tv sahaja. Devices pun salah satu sebab major. Takkan tak pernah tengok betapa khusyuknya seorang manusia melayan "tablets" kan?
4. Emosi. Pengaruh yang kurang tepat.
For me, as a mother and muslimah, kena pilih apa yang kita tengok. Tak semua drama kampung ke bandar ke elok ditonton. Kadang-kadang buat pengaruh tak baik je. Sudahnya suami sendiri yang kena. Buku cerita pun macam tu. Orang perempuankan suka terikut-ikut dan emosi tak pasal. Jadi, tak payah la susahkan orang lain sebab drama yang kita tonton. Nama pun drama. Tempat orang cari duit. Lagi-lagi ditambah dengan sistem kapitalism. Elok sangatlah tu.
kalau dapat pengajaran dan improve diri sendiri takpe jugak. Ni balik-balik itu juga ada.
5. Boleh tengok di internet
Tak payah bergantung dengan tv. Kat internet berlambak orang upload cerita. Tengok sahaja bila ada masa.
Cukuplah lima. Ini entry sambil lalu je tak fikir sangat pun. Kalau ada points boleh tambah kat komen. Lagi satu ini pandangan ikut lifestyle aku. Ada orang lain, tok laki dia pun layan cerita bersiri jadi ikutlah selera masing-masing.
Pandai urus jadual harian, semua benda boleh buat. Boleh tengok. Astro pun boleh direkod. Apo laie yang tak buleh dibuek zaman ni?
Untuk seorang aku, perasaan terikat dengan apa-apa siri itu satu beban emosi. Cukup-cukuplah last sekali aku gila dengan nurkasih. Aku memang jarang amat tengok tv. Rumah ni hari-hari BabyTV. OP balik rumah pula channel berita bersambung-sambung. Ada masa, aku suka layan movie di 411-413.
Itujelah life aku.
This is LeeN, signing off.