16 January 2012

008: Seminggu Berblogging

Bismillah

Sudah seminggu hari-hari blogging. "Berblogging" tu bukan satu perkataan yang sah pun. Hehe. Melayu campur inggeris gitu. Patutnya kita biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

Seminggu blogging setiap hari adalah suatu yang jarang-jarang dapat dibuat. Ini adalah faktor aku terlampau banyak masa lapang dan goyang kaki sedangkan orang lain sibuk mati-matian (kononnya). Jadi betul lah teori ni?

Aku ada kawan yang setiap hari never failed to update blog, ada anak ramai dari aku, kerja office, kadang-kadang stayback, kadang-kadang outstation, ada business sendiri dalam rumah dan ada outlet sendiri yang perlu dimonitor, maidless tapi mampu je update setiap hari. Even aku yang duduk rumah goyang kaki ni pun kononnya mengah nak update setiap hari.

Lebih menakjubkan, setiap post beliau adalah berbentuk informatif. Bukan blog stail menceritakan kehidupan harian macam yang aku buat ni.

Seminggu blogging, menaip ambil sedikit masa aku. Jadi aku kurang ke fb. Kurang ke twitter. Menaip dah jadi theraphy untuk aku macam dulu-dulu. Bersosial di laman sosial itu sudah mula kurang. Hanya sebab seronok bersosial dengan teman rapat. Tapi umur macam aku ni, teman-teman pun membebel di fb bila ada kesempatan je. Jadilah sekali-sekala.

Seminggu blogging ni aku sebenarnya tak ada target apa-apa. Cuma nak biasakan diri menaip menaip dan terus menaip. Aku cuba nak kembalikan fokus sebenarnya. Dah lama hilang fokus. Buat permulaan jadilah menaip apa pun.

Sedar tak sedar, januari dah luak separuh! Kang sedar-sedar dah hujung tahun. Hehe.

Salam isnin semua...