Bismillah..
Tadi pergi pasar malam. Buat pertama kalinya setelah fateh lahir pergi pasar malam untuk cari makanan. Setelah fateh lagi sebulan lebih nak masuk dua tahun. Lama tu...
Selalunya,masuk pasar malam hanya untuk beli sayur dan lauk untuk dimasak selama seminggu. Itupun aku tunggu dalam kereta dengan anak-anak sahaja. OP pergi beli laju-laju. Tapi tadi rasa nak tergolek (sebab terkejut campur pelik) bila OP kata "jom pasar malam". Luar biasa tu. Tak tunggu dah. Keluar petang pergi playground. Singgah masjid untuk maghrib. Terus ke pasar malam.
Lama sungguh tak food hunting macam tu. Lama. Sejak ada anak dan menambah anak banyak menjauhi tempat-tempat sesak sebegitu. Rasa kesian bawa baby malam-malam dan kena bersempit-sempit lagi. Last time pergi pasar malam masa lepas kaki baik sikit haritu, fateh duduk dalam stroller. Tapi dek dah besar ni, jalan kaki je lah. Kejap-kejap je dukung.
Bawa stroller ke pasar malam is not a good idea. Tapi sedap sebab kita tak penatlah. Anak pun senang nak monitor. Cuma,payah nak jalan.
Bila tengok kemeriahan orang menjual di pasar malam, rasa tinggi harga yang mereka bayar untuk mencari rezeki. Kalau cuaca baik macam tadi, seronoklah. Kalau hujan... Terpaksa redah juga. Menentukan cuaca bukanlah pilihan yang kita ada. Macam-macam gaya. Bila tengok ada yang sibuk packing nak balik time orang lain sibuk menjual, rasa macam kagum. Bila tengok stok makanan masih banyak macam tak terusik, rasa kesian pulak.
Pasti. Lapangan menjual makanan sama macam sebuah bilik guru. Banyak simpan rahsia. Yang kita takkan tahu.
Ada orang kata "kesian ya. Meniaga pasar malam". Suatu mentality yang perlu dijauhi rasanya. Semua kerja dalam dunia ni ada pro and cont. Semua sesuai mengikut kejadian manusia itu masing-masing. Pasar malam tu halal. Berniaga lagi. Rasanya lebih kaya dari orang yang makan gaji.
Bila pergi pasar malam, macam dah kena sumpahan OP pulak. Bila makanan di pasar malam semacam dah tak menarik. Balik-balik apam balik. Balik-balik kueytiaw goreng. Burger. Nasi ayam. Nasi berlauk. Popia basah atau goreng. Ayam goreng. Dan lain-lain. 30 tahun pun makanan tetap sama. Mungkin rasa boring sebab tak jumpa yang sedap tersangat-sangat kot.
Even kalau jual kuih simple tapi sedap gila pun orang akan cari.
Dan juga mungkin sebab OP punya tahap cerewet dalam membeli makanan di luar buat aku rasa macam tu. Tapi selalunya berbanding aku, OP memang lebih pandai menilai orang dan kalau OP kata tak sedap tu memang selalunya ternyata tak sedap. Sekali tengok dia dah tau. Aku? Kurang memerhati. Otak aku selalu kelain. Yang aku tahu cari air tebu. Taufufah.
Dulu masa duduk sendiri,amatlah suka ke pasar malam untuk cari air asam boi yang sangat sedap. Serius punya sedap. Tak main-main. Kadang-kadang kalau datang lambat sikit, air asam boi dah cetek.
Rasanya dah keluar tajuk? Eh. Abaikan.
Pokoknya malam tadi anak-anak sudah ada pengalaman baru berjalan ke pasar malam. Penat katanya. Maunya tak. Dah macam lupa diri mengukur pasar malam. Kakak seronok tengok orang melaung-laung. Fateh pula hanya menikmati suasana. Dia kalau orang jerit kuat-kuat ni dia takut sikit. Lucu kan?
Keluar pasar malam, hadiahkan diorang dengan air kotak susu. Buat penghilang penat. Makpaknye toksah ceritala penatnya. Yang sedikit geram, fateh tu semua udang ikan nak sentuh. At least cucuk nak rasa. Comel tapi aku tak suka. Sebab sat lagi nak pegang makanan pulak. Last time siapkan baby wipes nak lap tangan tapi kali ni malas.
Apapun, balik dari pasar malam aku makan non-stop sambil tengok tv. Orang lain semua pengsan awal. Penat lettewwwwww. Heh.
Salam semua... :)