Bismillah.
Ada satu draf dalam blog ni telah aku karang mengenai cara berdakwah yang tidak kreatif oleh sesetengah pendakwah zaman sekarang. Sesiapa jua boleh copy dan paste ayat-ayat suci al-Quran dan hadith untuk dijadikan panduan termasuk aku sendiri. Tapi apa tujuan sebenar menulis dengan niat berdakwah?
Kita nak mengajak orang yang dah sedia baik dan celik mata hati atau mengajak lebih ramai yang belum sedar supaya sedar? Aku rasa itu persoalannya.
Lain kali rasanya aku cakap pasal itu. Rasa macam terlalu luas dan tak tahu nak mula dari mana.
Pokoknya. Aku menulis pagi ini (setelah berhajat hari sabtu dan ahad aku mahu cuti blogging) kerana baru lepas baca kisah rumah wardina dimasuki perompak. Bukan pencuri. Perampok. Baru dapat buka hari ini hergh lamanya tunggu. Lepas baca cuba add blog address wardina ke dalam reader tapi tak boleh. Ada jenis-jenis blog yang memang tak boleh masuk. Hampa.
Kemudian, saja gatal-gatal search di google kot-kot wardina pernah ada blogspot sebelum ini. Ternyata benar. Beliau punya blog personal di blogger.com. aku singgah dan baca dua tiga entry sementara sempat. Banyak yang aku baca buat aku tertarik. Wardina menjelaskan apa yang aku rasa sebelum ini.
Iaitu bagaimana cara kita berdakwah dan apa target kita. Apa beza cara orang yang dari kecil pakai tudung dan tak pernah tinggal solat berdakwah dan insan seperti wardina berdakwah. Banyak bezanya. Amat berbeza kesan penulisan setiap individu. Tidak ada soal yang mana lebih baik, cuma soal yang mana menulis lebih berkesan.
Tersasar lagi dari tajuk nampaknya. Sebab tu cakap tadi soal itu harus disentuh kemudian hari.
Untuk tajuk entry hari ini, mahu bercakap tentang bezanya blog kita jika blog itu level personal dan bebas bercakap tentang apa sahaja dan blog yang komersial di mana kita buat blog yang rasmi. Contohnya seperti blog wardina sendiri, lihat yang rasmi lebih formal dan bertapis manakala blog lama beliau lebih banyak bercakap tentang perkara-perkara yang "real".
Bila kita bersifat neutral, seperti sesuatu yang rasmi itu, kecenderungan kita untuk mengupas sesuatu itu secara dalam dan spesifik itu mula berkurang. Ini kerana kita akan berusaha untuk menjaga hati ramai lapisan umur yang membaca dan juga sibuk dengan meneka-neka pandangan orang terhadap kita. Walaupun hakikatnya kita tidak berapa peduli dengan pandangan orang, nyatanya kita masih berusaha untuk memuaskan hati semua orang.
Secara sedar atau tidak.
Ramai juga antara kita yang berblogging walaupun tak punya laman web yang formal seperti wardina tapi bersifat neutral. Keberatan untuk mengupas atau menulis secara terang-terangan apa yang kita sendiri fikirkan atau rasa. Takut-takut ada pihak yang kurang setuju.
Aku pernah berada dalam situasi itu. Aku rasa masih dalam situasi itu. Justeru, ia menyekat kepuasan dan kepelbagaian dalam pendapat. Kebanyakan kita hanya ikut "streamline"
Kalau masa zaman aku tengah layan band dulu kan, mana-mana band yang masuk strealime aku memang terus menyampah dengan band tu. Sebabnya streamline menyekat kreativiti. Too much control. Dan hilang originality. Itu band lah.
Tak payah layan sangat aku ni.
Sebut pasal band, aku masih minat dengan lagu dulu-dulu. Lagu sekarang kurang tahu sebab dah kurang amat dengar radio. Tapi lirik lagu system of a down masih ada dalam kepala...
Dah. Aku dah kata. Jangan layan aku sangat.
Salam sabtu.