Bismillah.
Malam tadi missed masa untuk update blog walau seminit dua. Semua sebab cerita "romantic comedy" di 413. Habis cerita tu sambung pulak dengan jamie oliver food revolution. Tapi tak sempat habis pun dah ZzzzZZZzzzzzz
Jadinya pagi ni dah blank sebab lepas habis kerjakan rumah dan kids kepala pun jadi pening. Kids can make u moving non-stop you know. Terfikir masa kerja dulu banyak juga berjalan tapi kita just berjalan dan menaip menulis bercakap atau mungkin terkejar-kejar sana sini sikit. Tapi kerja banyak permainan emosi.
With kids pula, we have to be fast, kena cekap buat dua kerja satu masa. Suara kena ada turun naik. Terkejar-kejar tu biasa. Lebih-lebih lagi kalo anak kita ada banyak stage umur. Macam my kids rasanya mereka dalam stage yang dah boleh bertenang sikit. Fateh bukan kecil sangat macam tahun lepas. Kakak pula dah banyak boleh diharap.
Masa fateh baby dulu, cot pun kena masuk dapur sekali. If i have to go that stage again, so much heart-attack during cooking, aku redha. Haha. But mungkin masa tu kakak sudahpun boleh tolong itu ini. Itu hari dengan dia sekali nak dikawal.
Bercakap tentang anak, teringat masa heavily pregnantkan fateh, kakak time tu umur setahun sembilan bulan. OP kata time mandi kakak dah tak perlu dijaga sangat sebab dah besar. Bukan maksud tak payah tengok tapi dah boleh kita bagi main air sekejap. Tak payah bertungkus-lumus sangat nak mandikan dia.
Tapi time fateh, masa dia setahun sembilan bulan masih rasa dia kecik lagi. Hehe. Gamaknya sebab dia seorang adikkan? Kebanyakan pasal fateh seems like dia masih baby pada aku. Walhal masa kakak dulu rasa she's big enough dah.
Fateh suka main pretend cat. Kalau dia berlakon jadi kucing tu, satu rumah dia akan merangkak sambil mengiau. Selalunya akan datang depan kaki aku sambil minta aku usap ubun-ubun dia dan kata "hi catttt!" Kalau tak dia takkan pergi dan terus mengiau.
Lagi pasal fateh, dia sangat extreme pasal supa strika (bola sepak) dan ben10 (kepahlawanan kononnya). Dua-dua cerita tu kan cerita budak besar jadi masa siarannya selalunya petah. Supa strika petang pukul lima dan ben10 cuma mula pukul enam petang sekarang ni. Masalahnya dia akan mula minta for them sejak pagi celik mata. Whyyyy fatehhh.. whyyyyyy
Ada dah download youtube ben10 tapi not enough. Still wants the tv version.
Ok. Rupanya masih boleh menaip cerita sedikit dalam pening-pening ni. Jadilah. Lagipun lama tak share tentang anatomi dan bukti kewujudan seorang fateh dalam keluarga.
Salam jumaat semua...
Tengoklah muka busuk budak sorang ni.
Tengah makan bahulu.
