Bismillah
Pagi tu memang rasa nak marah juga mengenangkan ahli-ahli rumah SEMUA rileks je bersiap walhal kita ni dah risau mengenangkan exam. Anak-anak biasalah. Eh entahlah. Pagi tu bersabar je.
Sampai sana, buat bacaan sikit. Nak kata study gila-gila tak juga. Study ikut kemampuan je. Yang paling aku tak suka, dari dulu lagi, bila dah nak dekat mula exam, classmate dok revise secara open. Kuat-kuat. Itu memang bukan kebiasaan aku dari dulu lagi. Sebab sebelum exam aku suka dok diam-diam dan cuba memorize balik everything in my mind. Bukan secara lisan with group.
But hey, you cant control everything right.
Jadi, bila exam mula, aku pun jawablah apa yang disoal. Mula-mula setengah jam tu exam teori. Lepas teori, empat jam adalah exam terjemahan. Ada enam teks dari pelbagai laras untuk diterjemah. Hari tu aku bawa laptop tapi setengah jam pertama je guna. Selebihnya aku hanya bergantung pada kamus kesayangan.
Within exam tu, boleh keluar nak makan tengah hari dan solat jumaat. Makan memang disediakan. Aku tak tahan lapar lalu berhenti makan dulu. Sambil-sambil tu boleh clear kan minda sikit. Tapi ramai juga yang sanggup tak berhenti atau keluar even ke toilet sekalipun.
Dah nak dekat pukul empat (dari sepuluh pagi) , aku keluar for good. Solat zohor dan OP pun sudah tunggu bawah. Leganya tak usah cakap. Apa pun keputusannya, aku berserah. Telah cuba sehabis baik.
Sebut pasal sijil ni, aku harus mula cari job. Kalau-kalau ada sesiapa yang perlukan khidmat, boleh roger aku. Aku bukan standard translator yang bagus sebab aku sesungguhnya tak banyak pengalaman lagi. Tapi kalau tak mula cari job, mana nak datang pengalaman. Kan?
Most of us yang ambil kelas translation ni adalah kehendak sendiri dan minat. I am suprised berapa ramai sebenarnya setahun yang berminat untuk jadi translator. Ia sesuatu yang bagus. Moga lebih banyak buku-buku berguna dapat kita terjemahkan bagi menjadi sumber ilmu yang dapat memandaikan bangsa sendiri.
Biar ilmu itu dapat dinikmati oleh orang-orang pedalaman sekalipun. Bukan hanya orang bandar yang pandai bahasa inggeris.
Come to think about it, atas sebab bahasalah kenapa negara macam jerman, jepun, cina dan lain-lain amat maju. Mereka tak membudayakan bahasa inggeris. Mereka mengagungkan bahasa sendiri dan semua ilmu dapat dinikmati tak kira mana rakyat dia duduk.
Kita takkan tahu, dalam corok kampung-kampung ada seorang insan genius dalam sesuatu bidangnya yang spesifik, kan? Tanpa jurang atau masalah bahasa, orang-orang seperti itu akan dapat membuat sumbangan terhadap bangsa sendiri. That's why jerman or cina or jepun boleh cipta dan buat kereta sendiri tanpa bergantung dengan orang yang cakap inggeris. Make sense?
Selesai bab pensijilan.
Salam semua...