Bismillah.
Entry terperuk yang amat lama...
*****
Bagi yang terlupa. Aku kemalangan 16 julai yang lalu. Sewaktu pulang dari menghadiri kelas. Hingga sekarang, setelah 5 bulan berlalu, kaki masih terasa sakit untuk dipijak sepenuhnya seperti biasa. Apa pun keadaannya, aku masih bersyukur masih punya dua kaki. My view in life changed 360 although some things are still the same. Still the old me.
however, Sepatutnya aku mendaftar sessi yang baru tamat 10 disember lepas. Tapi sedar-sedar 10 disember itu adalah semalam. baguskan? Mujur kelas intensif (yang harian, bukan mingguan) belum tamat. Jadi dapatlah menghabiskan baki satu kelas dan final exam. takut? Memang completely. Sebab lama sungguh dah tak exam. Tapi secara majornya, i just want to finish what ive started. So stressed bila status tergantung sebegini.
On the way to the class, masih terasa dengan cetusan-cetusan fobia walaupun secara minor. Terutama bila dah masuk KL dan lalu jalan yang sama. Lebih-lebih lagi dah berbulan-bulan kurang keluar ke bandar, situasi jalanraya yang sesak dengan kereta tiba-tiba buat aku rasa lemas. Dan juga habit si OP yang sungguh tak membantu bila suka buat-buat terleka terlupa nak pijak brek sewaktu kereta hadapan telahpun berhenti.
sesungguhnya. Semua itu melemaskan.
Rasa macam nak suruh OP berhenti tepi dan duduk belakang sebab asyik rasa nak tutup mata. Tapi itu mustahil juga sebab kalau OP drive, memang tak boleh duduk seat belakang. Boleh pening sebelum sampai ke kelas dan pening jenis macam tu memang payah nak hilang. Baik jangan cari pasal.
Hari pertama back-to-school, all went well. Tak bawak laptop macam biasa sebab malas dan berat. Lagi pun aku semacam sudah prefer rely solely pada kamus. Rasa lebih selesa dan yakin. Rakan kelas yang asing bagiku. Terasa semuanya asing. Cuma cikgunya tetap sama. Partner in class pun lain. Tapi hari pertama aku ok-ok sahaja. Tak apa yang jauh beza. Tetap sama belajar macam hari itu.
Yang kelakarmya, masa time break pasti ada yang datang bertanya mengapa muka tak pernah nampak. Yang lebih kelakar, ada seorang classmate ni, bila aku cakap itu hari aku eksiden, sebut tok arab, terus dia Pinggg. Rupanya dia dah baca blog aku. Aku tergelak sungguh bila dia kata lepas tu karangan aku pasal terjemahan dan ITNM dah tak ada. :p
What a small world.
Sambung cerita esoklah. Esok pasal final exam. Sambungan dari kelas ni...
Salam!
