Bismillah.
Entah hape-hape. Hari ni dah masuk hari kesembilan in 2012 tapi satu entry pun tak post lagi. Draf ada bersusun dalam empat macam tu, ada yang memang dah siap taip pun. Tapi belum publish sebab rasa macam masa tak kena. Ahaks. Biarlah dia duduk dalam draf dulu :p
Sebagai pemanas enjin, aku nak reviu tahun 2011 dahulu. Better late than never kononnya ni.
Tahun ni macam tak ingat sangat apa yang jadi awal tahun. Seingatnya masa awal jan, fateh baru-baru nak belajar jalan. Mula lasak. Dan aku mula terima komen "kenapa badan susut?" Begitu. Pada aku tak susut mana. Macam masa sebelum pregnant fateh juga. Tapi lepas pregnant macam berisi sikit. Lalu sedikit obvious lah kalau sedikit susut.
Tahun ini juga menyaksikan sendiri manfaat breastfeeding ni atas izin Allah juga, yang 'bestfriend' yang dok datang tiap-tiap bulan tu tak datang-datang sampailah fateh setahun empat bulan. Untuk aku, lama sungguh tu sebab tak pernah rasa sebelum ni. Alhamdulillah, usaha untuk bertahan tidak sia-sia.
Tahun ini, kakak masuk tiga tahun. Fateh masuk setahun. Yang kelakarnya tahun ini kakak kurang sedikit interaksi dan kosentrasi dengan buku macam umur dia dua tahun tapi lebih kepada minat untuk bertutur dalam bahasa inggeris. Sesiapa yang ikut fb aku mungkin biasa dengan status aku cerita pasal kakak. Pada aku, aku pelik dengan kakak sebab family kami bukan english-oriented pun. Semua guna BM. Kalau parents yang hari-hari BI itu tak peliklah. Apa-apa pun good job untuk kakak yang tekun belajar dari Disney Junior (kot?). Alhamdulillah.
Dari segi anak-anak, tak ada apa yang huru-hara sangat tahun ini. Sebab mereka cuma menjalankan kerja mereka iaitu "membesar". Dan aku "layankan" sahaja. Kakak dah selesai toilet-train tahun lalu. Cuma tahun ini berhadapan dengan kerenah fateh yang setiap kali dia berak, akan buka pampers sendiri di mana dia berada dalam rumah. Itu. Nervous.
Dari segi bercakap, fateh tak seperti kakak yang tak pelat. Dia sungguh pelat dan aku sungguh gembira melayan bahasa pelat itu. Rasa sungguh bahagia. Sebab dah lama sangat tak dengar budak pelat bercakap tiba-tiba dapat sorang. Oh indah. Sampai hari ini pun pelat tapi sungguh-sungguh usaha bercakap. Hihi. So comel that one day bila fateh dah tahu cemana nak control macho, aku akan pangkah dia dengan bahan pelat supaya tak payah la nak control macho sangat weh.
Dari segi life, alhamdulillah. Apa yang both me and OP buat perlahan-lahan sudah nampak kesan. Aku percaya, dalam urusan Allah mendidik jiwa manusia, cara manusia ini tak sama dengan manusia itu. Jadi, we just do our best dan keep doing it. To abang, syabas.
We may feel like nothing. Tapi bila toleh belakang, oh my. Its a big thing. Walaupun itu hanya urusan dunia, tapi ianya Lillahitaa'la. Semoga ia menjadi ibadah.
Tahun ini, akhirnya dapat sudah aku mendaftar untuk kelas penterjemahan. Akhirnya. Suatu perkara yang aku tunggu sekian lama. Hanya aku yang tahu berapa lama. Terima kasih Allah. Terima kasih Abang.
Belum sempat tamat kelas, kami sekeluarga diuji dengan kemalangan. Suatu perkara dan perasaan yang amat jarang terlintas akan berlaku tapi Allah nak beri aku rasa. Terima kasih Allah. Pada aku, hanya suatu ujian dalam emosi dan kesakitan sahaja kerana urusan lain sudah ditanggung. OP dan anak-anak Allah lindung. Alhamdulillah. Aku seorang yang pengsan :p haha.
Namun, walau its a mild experience, kesan ingatan dan emosi tetap ada hingga hari ini. Aku anggap itu hadiah peringatan dari Allah agar aku lebih kenal akan 'sistem' hidup ini. Allah tak hantar kita atas bumi untuk bersuka-suka. Even, kalau ikut kata ulama terkenal juga suka-suka ini tak digalakkan. Seorang muslim itu harus bersedia 24jam sehari. Ia benar. Aku sedar.
Ada masa aku lalai. Melayan malas. Itu cabaran menjadi seorang manusia. Yang penting, cepat-cepat sedarkan diri. That counts.
Dari segi kawan-kawan, masing-masing anak dah besar. Tahun ni ramai kawan aku yang timang baby baru. So seronok. Hai, dah tua dah kita masing-masing ek. Dah mula kena serius pakai skin care product.
Sebut pasal baby, cucu tok mek tambah sorang lagi tahun 2011... Heh. Dah jadi 7. Sekejapan.
Rasa macam dah meleret... Mahu berhenti. Hari ini macam rasa semangat juga. Ada beberapa tugasan alami seorang ibu yang perlu dilaksanakan. Walaupun tak pasti dapat ke tak selesaikan, tapi tiap-tiap hari kena usaha jugaklah.
Well... Setahun lengkap sebagai seorang surirumah pada 2011. For that, alhamdulillah.
Grateful for what i am,
Who i am.
Salam.