bismillah.
![]() |
| google-ed |
30 minit selepas perginya arwah aqish pada 10:10am, leen terima berita pemergian itu dari adik leen. arwah adalah kawan baik adik leen masa zaman sekolah dulu. arwah terasa sangat dekat namanya dengan leen dan adik-beradik sebab adik leen suka cerita pasal arwah. hari ini, arwah telah pergi buat selama-lamanya.
pernah tengok cerita jepun "1 litre of tears"? cerita mengenai seorang budak perempuan sekolah menengah yang menderita menghidap penyakit Multiple Sclerosis. samalah dengan penyakit yang dideritai arwah. sejenis penyakit yang menyerang saraf secara perlahan-lahan dan menyebabkan semua organ akan jadi degenerative. last-last, nak bercakap pun sudah tak mampu.
lama dah arwah bergelumang dengan penyakit ni. hari ini tersentak seketika leen menerima berita tu. tengah hari tadi, leen sempat naik atas, pergi bilik adik leen dan tenung frame gambar arwah. masa tu arwah masih sihat lagi. buat kamu yang tak pernah mengenali arwah, arwah adalah sangat kreatif orangnya. hasil lukisan atau tulisan dia sangat cantik! kalaulah kamu tengok mural bilik dirumahnya yang dilukis sendiri....
itu cerita arwah. tamat sudah hari ini. pastinya adik leen akan sangat-sangat merindui arwah. seperti mana setiap di antara kita yang pernah merasai kehilangan insan yang kita sayang (ibu/bapa/atuk/nenek/dll) yang membuatkan kita akan berasa sangat-sangat merindui mereka, itulah yang akan dirasai oleh adik leen mulai dari hari ini...
namun.
itu cuma sebuah kesan realiti terhadap yang namanya 'kehilangan'. jasad pada orang yang kita sayang itu akan dikuburkan 7 kaki di dalam tanah dan tak lama kemudian akan hancur dimakan tanah. itu cuma jasad. rohnya? rohnya tetap kekal. menunggu dan menanti tibanya hari kiamat supaya dikumpulkan kembali bersama-sama roh-roh yang lain untuk dihisab kemudian akan pergi ke tempat roh yang kekal.
syurga atau neraka.
tatkala nyawa terpisah dari badan, tak ada apa lagi yang bermakna buat roh kita melainkan amal yang sempat dibuat sewaktu nyawa dikandung badan. hatta, air mata berbaldi-baldi yang anak-anak kita curahkan tatkala menangis mengingati pemergian kita pun takkan dapat sedikit pun meringankan hisab kita dalam kubur. apatah lagi bacaan talkin di atas kubur, pun takkan dapat membantu kita. kerana, yang akan menjawab soalan-soalan dalam kubur cuma amalan-amalan kita.
********
entry di atas leen taip semalam. tapi tak sempat nak post. tambah pula, pagi ni leen dapat tahu yang arwah Rara Zikry turut pergi semalam... al-Fatihah buat mereka berdua.
being a muslim, kematian adalah sesuatu perkara yang besar buat kita. kematian bukan sahaja mengenai roh yang terpisah dari jasad orang-orang yang kita sayang tapi iktibar yang Allah mahu kita ambil dari setiap pemergian itu. bahawa kematian itu nyata, real dan akan berlaku. pada setiap manusia. dan kematian tidak pernah terlewat.
bahawasanya, hidup ini memang terlalu singkat dan berat kerana setiap perbuatan kita kecil atau besar akan Allah adili sebaiknya di padang mashyar nanti. hidup ini terlalu berat... kecuali pada orang-orang yang khusyuk hatinya dengan Allah.
semoga kita sentiasa berada dalam peliharaan-Nya hingga ke akhir nyawa kita
InsyaAllah...
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Imam Hasan al-Basri"
