bismillah
petang ni seperti biasa browsing through blog to blog, jumpa ada satu GA yang menarik. hadiah yang jarang-jarang jumpa di blog-blog lain. iaitu buku agama. disebabkan diri ini tak pernah join mana-mana GA sekalipun dalam hidup blogging ini, maka diri ini terasa seperti ini mencuba nasib. oh manalah tahu dapat buku ni... alangkah bahagianya hidup.
lets see macam mana nak join. ianya datang dari blog ini CASA ARINA
OK. tajuk sudah selesai. dibawah ini ada gambar buku tersebut beserta dengan 7 ayat yang perlu dikarang secara hebat tapi leen punya sekadar apa yang terlintas di dalam hati.
saya sudah berada di ambang 30-an dalam hidup. terlalu banyak yang saya belum buat dan masih lagi banyak terleka dan hidup dalam kelalaian. saya ingin menggapai satu lagi horizon dan dimensi yang baru dalam hidup saya supaya menginjak ke usia 30-an akan jadi lebih bererti dan tidak sia-sia. solat tahajjud seperti yang kita tahu, adalah ubat hati kepada segala perkara yang berlaku di dunia ini. apatah lagi ia adalah senjata yang cukup hebat bagi seorang insan yang bergelar ibu seperti saya. manakala zikrullah pula mampu menambah kekhusyukan hati kita dalam sehari-hari kita menempuh perjalanan sebagai seorang hamba Allah. oleh itu, dengan memiliki dua buku yang hebat ini dapat meluaskan pemahaman serta amalan saya, InsyaAllah.
oh. rangkap di atas ditulis dengan sekali lalu sahaja! tak apalah. itu yang terkeluar saat ingin melakar ayat. pasrah sahaja. hehe. memang lately saya teramat selalu berada dalam krisis diri. mid-life crisis mungkin? di mana kita dah sampai satu tahap, kita dah kahwin, ada anak, ada tanggungjawab, dan kita masih dalam peringkat membetulkan diri sendiri... sungguh tak mudah. menangis-nangis. moga Allah mendengar rintihan hati saya...
to kakak tuan rumah giveaway, macam ni boleh ke? huhu
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Imam Hasan al-Basri"

