Bismillah.
Tadi baru lepas tengok video ust. Don di youtube. Buat umpan sebelum tidur. Jumpa satu topik pasal warnakan rambut. Penjelasan yang tepat lagi mengena. Hal warna rambut ni banyak sungguh orang perempuan terpedaya. Apatah lagi media dok iklan pung pang pung pang yang pewarna tu 'halal'.
Aku tak pernah warna rambut. Tapinya... selalu rasa seronok tengok rambut yang cantik berwarna. lepas spm, pernah bleach rambut di salun makcik sendiri. Bleach tu duduk atas rambut aku tak sampai setengah jam pun tapi dah kuning macam apa. Tapi sedara aku, nak dekat sejam pun rambut dia payah nak luntur. Hitam jugak. Itu beza rambut sihat dengan tak sihat. Setakat bleach je lah. Selain dari itu tak pernah buat.
Masa ambil keputusan nak bleach tu pun puas study tanya makcik. Apa dan bagaimana bleach itu berfungsi. dari zaman sekolah lagi, selalu tak puas hati dengan konsep 'warnakan rambut guna pewarna yang beli kat pasaraya tu boleh'. Walaupun banyak iklan yang kuat mengatakan pewarna itu 'halal'. Jadi bila tahu bleach cuma lunturkan warna hitam dari particle rambut, sebab itu buat.
Jangan ingat aku buat satu kepala. Cuma setakat highlight kat atas-atas je. Sikit-sikit je. Bleach ni macam membolengkan rambut kita jadi rambut terdedah dan boleh cepat rosak. Selalu orang bleach dulu baru tutup balik dengan pewarna rambut supaya warna lebih naik.
Lalu malam ni aku dapat penerangan jelas dari ust Don. Pendek je ulasannya tapi sama seperti apa yang tersirat dalam benakku selama ini. "Bendanya memang halal, tak semestinya boleh buat".
Contoh: cuka halal. Tapi boleh minum? Kalo orang nogoghi kato "ko gilo ko nak minam cuko?" Gitu. Samalah konsep dia.
Setahu aku, mana-mana pewarna rambut yang ada atas rak yang ada cop halal itu memang sah halal. No doubt. Bahan-bahannya memang halal. Tapi kalau ianya BUKAN INAI, maka tak akan teluslah air wudhu', mandi hadas dan sebagainya. Maka, tak sah lah semua perkara tersebut.
Penyelesaiannya? Potong botak kepala. Tunggu rambut baru tumbuh. Ini bukan hal ringan dan main-main. Ini hal serius.
Usah cakap kalau kita dalam environment yang tak ada siapa warnakan rambut. Kita takkan tahu perasaannya. Cuba kalau orang-orang terdekat kita sendiri warnakan rambut. Bagaimana nak tackle masalah berat seperti ini.
Apatah lagi, the moment kita sedar yang kita dah berbuat sesuatu perkara yang selama ini kita tak tahu ianya salah dan kita dapati orang-orang yang kita sayang juga turut berada dalam keadaan yang sama. Aku doakan semoga Allah bukakan sebaik-baik penyelesaian untuk mereka yang menghadapi situasi ini.
Kadang-kadang, kita orang perempuan dimomok-momokkan dengan ideologi yang kurang tepat. Tak boleh warna rambut, sebab haram. Tak boleh warna rambut, sebab ubah kejadian Allah. Kita hanya dapat perkataan 'tak boleh' tapi jarang diterangkan secara spesifik "kenapa?".
Yang mana "sami'na wa ato'na" itu tak mengapa. Cakap apa pun ikut tapi kadang-kadang bila tanya, tak tahu.Tapi pada yang kuat curiosity? Akan ada masalah.
Wallahualam. Allah lebih mengetahui. Masalahnya yang lihat rambut kita cuma mahram kita. Rasanya tak ada masalah. Lebih-lebih lagi kalau suami suka. Dapat pahala.
Aku tak sentuh bab jangan warnakan uban atau hukum mewarna rambut kepada hitam sebab seakan-akan orang yahudi? Tak sure. Selalu sangat dengar masa zaman sekolah dulu.
Aku cuma sebut hal pewarna rambut yang kita guna yang boleh menyebabkan air tak sampai. Itu sahaja. Jadi, hati-hati dalam memilih pewarna rambut. Pastikan syarat sah ibadah kita tak terganggu.
Tolong betulkan aku.
Wallahualam.