08 December 2011

Bahaya Baldi/Kolah di Bilik Mandi

bismillah.


sumber


setiap kali leen masuk bilik air, mesti terasa seram tengok baldi kuning besar yang kadang-kadang berisi air. kadang-kadang penuh dengan air. tapi SELALUnya leen akan pastikan baldi tu kosong. seboleh-bolehnya leen curah sampai tinggal sikit atau buat-buat la cuci bilik air. suatu perasaan yang amat seram bila tengok baldi tu penuh...


banyak. terlalu banyak kes budak lemas di bilik air kerana tiada pengawasan. walau kita berwaspada sekalipun, kejadian seperti ini tetap akan berlaku pada certain-certain keadaan. Nauzubillah. minta dijauhkan. afterall, vision dan mission kita orang dewasa ini bukan seperti seorang toddler. lebih-lebih lagi yang ada kerja extra di rumah. boleh terlepas pandang. while toddler kita memang cekap menyusun plan untuk terjah bilik air. tanpa pengetahuan kita.


sumber


leen masih duduk menyewa. rumah sebelum ni, leen duduk di rumah teres setingkat. mungkin struktur rumah sekarang memang tak disediakan kolah seperti rumah taman perumahan dulu-dulu. jadi, nak tak nak leen sediakan baldi yang bersaiz amat besar dari biasa sekadar untuk menadah air buat waktu kecemasan. maklumlah, kita masih boleh bergantung dengan air tangki kalau waktu tak ada air. waktu itu cuma ada balqis dan balqis bukanlah seorang toddler yang lasak. tak boleh masuk bilik sorang-sorang pun. jadi, less worry di situ.


masuk ada anak dua. pindah rumah sewa sekarang ni. bilik air even smaller dari yang rumah sebelum ni dan dah tentu tak ada kolah. jadi guna baldi besar yang sama. cuma keadaan sungguh berbeza bila leen dapat fateh. my little explorer ini boleh main dalam bilik gelap sorang-sorang pun (walaupun takut dengan semut hitam besar hahaha) jadi keadaan selalunya tak selamat dan merisaukan.


he really likes bilik air. so so much. tak macam the sister yang nak ajak pergi mandi pun menangis. and the worry starts there, bila leen mandikan dua toddler ni serentak, leen asyik nampak fateh cuba panjat baldi kuning tu di mana air sedang penuh di dalamnya. itu depan mata. bayangkan jika berlaku di belakang mata? Nauzubillahhhhh. i can say baldi itu adalah 3/4 tinggi fateh. itu sesuatu fenomena yang boleh buat leen tak tidur malam. lebih-lebih lagi kalau bukan leen yang menjaga mereka di rumah. the worry is even worse!


all i can say. kita mesti kenali watak anak kita. dan jangan sesekali ambil mudah. kadangkala yang penakut masuk toilet gelap sorang-sorang macam balqis juga ada potensi. maklumlah. ada certain kids yang tak suka tunjuk pandai depan parents tapi belakang parents dialah king/queen. sounds familiar kan? dont! jangan sesekali ambil risiko!


sumber kita yang tua ni pun geram tengok kolah time cuaca panas. T___T


mujur juga. rumah sewa yang sekarang ni bilik air dia pintunya amat sukar untuk dibuka tutup. bukan pakai pintu toilet yang macam bukak tutup macam pintu bilik tu. tapi ni pintunya tolak dan tarik lipat-lipat tu. kebanyakan pintu seperti ini, leen jumpa amatlahhh mudah untuk budak kecik tolak dan tarik. dah lah tak boleh tutup dari luar! tapi mujur juga pintu toilet rumah ni amatlah payah untuk ditolak tarik. ketat sungguh rasa macam nak letak minyak atas dan bawah supaya senang slide. tapi tak payah. leen rela payah nak tutup bukak sebab itulah reason utama fateh takkan boleh masuk dalam bilik air tu. 


dia setakat ini tak mampu nak tolak pintu tu. tapi, apa pun mesti berhati-hati. takkan korang dah lupa cerita fateh telan jarum? menyusu with batteri AAA dalam mulut dan tidur? ada benang dalam poo-poo? ada serpihan plug 2-pin dalam poo-poo? ha. itu nak bagi refreshment sikit. baru sikit tu. tak masuk yang tak masuk dalam blog lagi. 


jadi. precautions yang leen ambil selalunya adalah 

- sentiasa kosongkan baldi 
- sangkut gayung tinggi-tinggi 
- jangan biarkan mop atau baju direndam dalam baldi yang penuh 
- sentiasa tutup pintu/kunci pintu bilik air 
- sentiasa gelapkan bilik air supaya ianya tidak menarik minat anak 
- letak fake serangga dalam bilik air (tak pernah buat tapi menjadi kalau dibuat nih
- beli baldi bertutup (ade je jual tapi still tak confident juga sikit-sikit
- jangan letak kerusi kecik yang kita guna untuk duduk time tumbuk bawang di mana-mana dalam rumah yang mudah dicapai oleh budak-budak. ideanya adalah untuk panjat dan boleh capai tinggi kolah. seram. 
- bath tub buat mandi anak tu sangkutlah tinggi-tinggi


lagi pula, kalau anak kita berada di bawah jagaan orang lain sebentar, (sebab kalau yang tiap-tiap hari jaga anak kita dah tahu perangai dia) even parents kita sekali pun atau adik-beradik kita sekalipun jangan ambil mudah benda ni. rumah kita tak sama macam rumah parents kita. rumah kita maybe satu barang perhiasan mudah pecah pun payah nak jumpa. even macam kawan leen tu, bucu meja pun boleh tutup dengan safety stuff (kagum T__T) tapi rumah parents kita tak ada benda-benda tu semua. it happens bila duduk rumah parents leen pun leen sentiasa tension sebab duit syiling bersepah dalam rumah. its scary!


sumber
ini macam kalu, geng Three Musketeers kazen leen suka senyap2 mandi berkubang dalam tu macam swimming pool. 

heh. seb baik blog tak macam fb. kalo tak, kak leen korang ni akan tag sorang-sorang punya nama bia satu dunia tau. heh. 


lagi pula, nobody takes care better than you the parents of your children. ini betul kerana kita as parents lebih kenal tahap lasak dan tahap kreatif anak kita. orang lain tak akan dapat mengagak apa yang anak kita buat lebih dari kita. so kalau ada yang menjaga anak kita, please. tolong siapkan warning dan pemberitahuan. kerja kita mungkin fokus dengan menjaga family kita tapi tidak bagi orang lain. diorang kena masak, kemas rumah, angkat telefon, angkat kain baju, buang sampah, kemas rumah bahagian atas dan sebagainya semasa menjaga anak kita. with better precautions, we can take better actions. err ke terbalik? belasah je la.


lebih-lebih lagi, tak semua antara kita ada proper discipline dari kecil kan? ada parents dari kecik ajar kita lepas keluar bilik air, pintu WAJIB tutup. ada yang tak kisah langsung sebab apahal pulak nak discipline tutup pintu bilik air bagai. ye. sebab dulu mostly bilik air luar bilik. jadi takde bau. ni bilik air dalam bilik tidur. nanti bilik bau bilik air. bersih macam mana pun tetap tempat syaitan berkubang. di sebalik disiplin mengarut seperti ini, ianya didapati berguna juga kalau kita dapat beringat semasa anak-anak masih kecik. kan? 


jangan tunggu hingga dah jadi baru terngadah.
Nauzubillah. nauzubillah. nauzubillah.


sumber ini kes lemas yang terjadi Jun 2011 haritu. dalam besen.



Our babies/kids are Our Precious Cargo.
Handle them with care.




"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Imam Hasan al-Basri"