Bismillah.
Aku sememangnya malas teramat nak update blog berdasarkan mana tempat aku pergi. Kalau cerita ala-ala membuat liputan, boleh dikira berapa banyak je yang ada dalam blog ni.
Tapi, untuk warm-up disebabkan 3 hari aku skip update blog kononnya bercuti, nak pulak la kan aku bercerita pasal strawberry. Atau lebih tepat dulu-dulu kakak sebut "soleli" dan fateh pulak sekarang dua sebut "beieeee". Asal boleh.
Cameron highlands sekarang rasanya lebih layak dipanggil bandar strawberry. Sana sini orang jual produk strawberry. Dari yang raw sampailah dah jadi jem, kordial dan macam-macam lagi. Baju strawberry tak usah sebut la kan.
Kalau dulu pergi meriah dengan berbagai sayur dan bunga. Sekarang masih ada cuma strawberry dah overshadow semua barang. Its strawberry madness!
Hari ronda-ronda cameron, pagi pergi tengok ladang teh dulu. Kecuali aku dan OP, yang lain semua naik sampai ke puncak. Mendaki ok. Siap bawak tripod tu nak ambil gambar. Oh, aku tak sanggup. Tinggi amat.
Lepas tu mulalah singgah je mana-mana yang terasa nak singgah. Benda-benda biasalah yang ada atas cameron tu. Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Tak ada kerja lain, makan... Makan... Dan makan. Nangis.
Mak aku siap bawa seperiuk penuh nasi briani ayam. Cuaca sejuk-sejuk macam tu, ramai-ramai makan nasi panas macam tu, seorang tambah dua tiga kali.
Esoknya sebelum balik, singgah The Big Red Strawberry. Oh Allah. Itulah tempatnya di mana aku makan strawberry macam tak ada hari esok. Dah la sebelum check out sarapan dengan strawberry. Kat tempat tu je kitorang spend lebih dua jam.
Kids having fun pergi petik strawberry dengan adik-adik aku. Me & OP pergi pusing-pusing satu kedai yang penuh dengan barangan strawberry. Dari makanan sampai ke pencuci muka. Kalau beli barang di cameron, kena tengok juga. Aku kalau tak ada cop halal yang sah tu maka tak belilah.
Malam yang kitorang ronda satu pasar malam yang panjang tu, memang melambak strawberry. You name it. Candy. Dried. Raw. Cake. Celup coklat. Ape lagi entah. Memang banyak. Sepanjang jalan. Tapi yang buat belum tentu melayu. Aku banyak tengok je. Nak beli pun tak sampai hati. Beli yang raw je. Manis. Cukup manis.
Berbalik pada the big red strawberry shall we.
Aku belilah sikit-sikit. Coklat. Biskut. Cake. Apa-apa lagilah. Sekadar. Tak lupa fridge magnet. Kids havoc gila sebab seronok kutip strawberry sambil bergambar. Lepas penat kutip, abah belanja semeja penuh makan dan minum strawberry. Amekaw.
Float. Ice Crushed. Waffle. Cicah coklat. Fries pun terselit. Apa entah lagi. Ha makanlah sampai tak larat. Aku pulak macam nak pengsan tengok strawberry cicah coklat tu. Tapi, yang meninggalkan kesan yang mendalam buat aku adalah iced blend strawberry itu. Oh sungguh manis-manis buah. Sungguh nyaman. Oh alahai.
Balik je rumah, semua orang dah tak kuasa dan dah tak larat nak sentuh buah strawberry yang dipetik gila-gila tu. Rasa nak muntah dah tengok strawberry. Aku je la yang suap sikit-sikit. Tahu apa yang sedap? Strawberry segar cicah dengan jem strawberry yang home-made tu. Eh eh ehhhh.. boleh sepak meja gitu ok.
Salah satu kebaikan (takde kene mengene ayat kebaikan) pergi naik cameron masa tahun baru cina adalah bunga api yang berdentum-dentam dua malam. Dah lah duduk apartment tinggi. Terbaik. Masa shopping di pasar malam pun bunga api atas kepala. Dapatlah budak-budak tengok bunga api jarak dekat. Jadilah.
gambar strawberry aku tak dapat masuk sini. Ada di wall facebook adik aku yang ada banyak strawberry dishes tu. Itulah gambarnya.
Eh panjang sudah. Korang cuba kira berapa banyak perkataan strawberry dalam ni. Penat tau.
Salam jumaat semua...
P/S: sorryla. Gambar si hensem sorang ni je yang ada.





